Tuesday, March 30, 2010

Cuti

la..la..la..la..la..la...la..
ari ni kena senangkan hati
supaya
semua kerja mudahhhh sangat nanti
maklumlah
nak guna banyak tenaga ni..
So guys..
ari ni saye cuti...
daaa...

Monday, March 29, 2010

Alamak!

diaRy
camner?
tadi sempat gak jenguk umah baru tuh...
alamak!!!!
walau x banyak hal
tapi
ada le cket2
defect yg patutnya tuan umah amik tau...
ish..ish..ish..
dia kata umah tu elok je...
ish..ish..ish...
tak comei la woiii
syiling berlubang...cat umah of course la..x comei langsung
hehehehe
pas 2..dia kata cat2 ni buat sendri..no claim2...
aiyaaa...
ini macam ka?
pa pe pun...
saye rasa...
saye rasa la...
saye akan baiki mana yang terdaya...
lau x...
bior je...
ayat geram lagi x puas ati nih!
semoga Allah memudahkan urusan saye
supaya anak2 dan saye hepi
dirumah itu nanti.
Amin.

Hepi...yippiEe


My lovely n mY dear diarY
hepiii sangat
1st sebab hari ni anniversary
saye ngan suami yg ke 12...
hahahaha
2nd sebab hari ni dah ada asst baru!
hehehehe
3rd hari ni dah dpt kunci umah baru!
hohohoho
ala...umah sewa jugakkk
xpe yg penting
sumer perkara yg baik2 je
xnak pk hal2 yg x elok
sebab x elok utk kesihatan
penat dah nangis
sakit dah mata ni
pat ari dah mata saye sakit ingat malam ni nak jumpa doktor...tengokla..
alamak..ptg ni ada perlawanan badminton persahabatan
ngan Jabatan Penjara...
kasut dah rosak..camner?..camner ek?...
alaaaa....
nak beli sayang duit...bukan selalu main pun....
alaaaa...camner ni ek...nak pinjam sape eh....???

Saturday, March 27, 2010

EH...!


Sayangi Bumi, Padamkan Lampu Kediaman Anda
27hb Mac 2010
8:30 malam - 9:30 malam
Saye baru sahaja signing up untuk Earth Hour 2010!
walaupun last minute
tapi sekurang-kurangnya saye masih belum terlambat...
Untuk warga Johor Bahru
pagi ini dari jam 9:30 pagi - 5:00 petang
ada pameran
di Aras 1, Dewan Serbaguna
Kompleks Menteri Besar
79503 Kota Iskandar
Nusajaya, Johor
banyak juga aturcara sampingan selain dr pameran ; ceramah, cara bio-composting
pertandingan dan lain-lain...
"Save the Earth"

Friday, March 26, 2010

aWaRd

my luvly diarYdcG
Firstly thank to ayu coz bagi ini award dekat saya
*
*
*

[1]. Thank & link the person that gave you the award.
[Done!]
[2]. Pass this award onto 12 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic..
[dengan rela hati]
[3]. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award
(senarainya adalah)
opsss...senarainya hanya ada 6!
4.ayu
ok...daaaaaaaa

RealiZe

To realize
The value of a sister
Ask someone Who doesn't have one.
To realize
The value of ten years:
Ask a newly Divorced couple.
To realize
The value of four years:
Ask a graduate.
To realize
The value of one year:
Ask a student who Has failed a final exam.
To realize
The value of nine months:
Ask a mother who gave birth to a stillborn.
To realize
The value of one month:
Ask a mother who has given birth to a premature baby.
To realize
The value of one week:
Ask an editor of a weekly newspaper.
To realize
The value of one hour:
Ask the lovers who are waiting to Meet.
To realize
The value of one minute:
Ask a person Who has missed the train, bus or plane.
To realize
The value of one-second:
Ask a person Who has survived an accident.
To realize
The value of one millisecond:
Ask the person who has won a silver medal in the Olympics.
To realize
The value of a friend:
Lose one.
Time waits For no one.
Treasure every moment you have.
You will treasure it even more when you can share it with someone special

Thursday, March 25, 2010

KeTenTuaN


Aku sadar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu
Ku punya harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkan ku miliki
Sudah jauh kita tempuh
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmat yang akan menunggu
Di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya mencuba
Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Karena ku ada di sisi setia menemani
Andai semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ
Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegar
Tetapi apakan daya
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu
Biar orang katakan
Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan lagi
Kau ada aku
dan
aku punya kamu
Amanlah akhirnya tetap bersama
Oh…

Tuesday, March 23, 2010

Besday!

my dear n lovely diarY
kad besday ni disampaikan oleh PA kpd MD kitaorg
Pn Sharifah...
Mekasih kak...
lama kita x berborak
sebab saye bzzz giler...
kpd semua sahabat terima kasih bebanyak
kerana masih lagi sudi merai diri saye yg dah t** ni
seingat saye sejak saye bekerja kat sini
hinggalah hari ni
setiap kali besday saye
mesti saye dirai...
kadang2 rasa cam tak nak dtg keja
sebab takut...malu
kena dirai walaupun kdg2 suka jugak...
heheheheh
hipokritnyer....
poyoooo
mekasih sangat2 u oll
belikan kek yang sangat sedap ini
dan kuih2 tu semua
paling terharunya
bos saye (EAM) bacakan doa selamat...
terima kasih banyak2...
Dan terima kasih jugak
kpd semua sahabat
yang masih lagi beri saye hadiah...
tak kiralah apa pun
yang penting
saye happy sangat hari nih!
minum petang hari ini ditaja sepenuhnya oleh kengkawan...

Monday, March 22, 2010

To i me n myself

my dear n lovely diarY
masuk jam dwabelas mlm ni
genap le umur saye ke33
alhamdulillah
harap2 belum tua lagi
hehehehe
umur dah nak masuk senja...
takut sebelum masuk isyak
saye masih cam ni jugak
mendengar kata2 abah tadi
menjadikan saye berasa begitu kerdil sekali
sebagai hamba Allah dibumi bertuah ini.
saye harap sangat supaya
saye dapat menjadi
ibu mithali
isteri mithali
anak yg solehah
teman yang setia
jiran yang baik
masyarakat yang berguna
untuk agama, bangsa dan negara.
cik sue sempat datang membawa makan malam untuk saye
mekasih cik sue...
orang pertama yang ucap selamat pada saye...

sempat jugak dia bawakan kek2 comel ini untuk saye

tsk...tsk..tsk..ada jugak yang masih ingat pd saye...sedeynye...

apa pun saye berharap sangat semoga Allah

memberkati dan merahmati diri saye

Hanya Dia Yang Maha Mengetahui

apa yang tersimpan dihati ini.

Friday, March 19, 2010

5 WaktU

Assalamualaikum...
My Dear and Lovely Diary
Sekadar pedoman buat sahabat tersayang dan diri sendiri...
Kamu Solat lima waktu tetapi......
kamu hanya ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja
dan pada masa lainnya kamu lupa padaNya.
Jika solatmu 10 minit , cuma 10 minit itu saja ingatanmu padaNya.
Mungkin dalam 10 minit itu pun kamu ingat selain daripadaNya.

Kamu solat lima waktu tetapi.... kamu tidak bersyukur padanya.......kamu pada dahulunya amat susah.Allah yang memberi rezeki kepadamu ,
dengan rezeki itu kamu dapat menampung keluargamu ,membeli rumah , kereta dan sebagainya.......
tetapi hatimu masih belum puas , kamu masih tamakkan harta dunia dan masih anggap dirimu serba kekurangan.

Kamu solat lima waktu tetapi..... kamu masih menggunakan perkataan yang kesat kepada teman teman mu , menyakiti hati mereka , menghina keturunan dan bangsa merekaseolah olah keturunan dan bangsa kamu saja yang baik baik sedangkan kamu sendiri tidak tahu tempat mu lagi di mahsyar nanti.

Kamu solat lima waktu tetapi.... kamu masih sombong dengan ilmu kamu, dengan amal kamu , dengan ibadah kamu , dengan kepandaian kamu kamu berdebat dengan mereka yang tidak sehaluan dengan kamu sedangkan kamu belum tahu adakah Allah sendiri redha dengan apa yang ada di sisi kamu itu.

Kamu solat lima waktu tetapi.... kamu masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuhmu,menggunakan wang ringgit atau pun pangkat mu untuk menjatuhkan manusia yang kamu tidak suka.

Kamu solat lima waktu tetapi....kamu amat bakhil untuk mengeluarkan wangmu untuk zakatdan sedekah kepada fakir miskin kerana takut wangmu akan habis.

Kamu solat lima waktu tetapi.... kamu masih menyimpan sifat dengki khianatkepada temanmu yang berjaya dinaikkan pangkatdan gaji kerana mereka berusaha bersungguh sungguhdan kamu hanya bekerja seperti hidup segan , mati tak mahu.


Kamu solat lima waktu tetapi.... kamu mengabaikan anak isterimu yang kelaparan di rumah kerana kamu rasa kamu raja di dalam rumahtanggadan boleh berbuat sesuka hati kamu.


Kamu solat lima waktu tetapi.... kamu merungut dan mencaci maki bila kamu ditimpa musibahwalaupun kamu tahu sesuatu musibah itu datang daripada Allah. Kepada siapakah kamu rasa kamu mencaci itu? Tidakkah kamu fikirkan?


Kamu solat lima waktu tetapi.....Kamu menuntut ilmu semata mata untuk berdebat dengan manusia lainataupun menduga keilmuan mereka yang tidak berilmudan tidak sehaluan dengan kamu sedangkan tujuan kita menuntut ilmu adalah supaya kita dapat berbuat amal ibadah dengan khusyuk dan tidak melakukan syirik kepada Allah.


Allah berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud:

" Sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar".

Jika kamu solat 5 waktu tetapi masih melakukan semua perkara diatas ,tidakkah kamu berfikir mungkin amal mu itu tidak diterima? Dan apa beza kamu dengan mereka yang tidak bersolat?

Dan juga jangan lupa Allah berfirman yang bermaksud:

"Neraka Wail bagi mereka yang solat, yang mereka itu lalai di dalam solat".


Ini menunjukan betapa beratnya fardu sembahyang kecuali kepada mereka yang beriman dan ikhlas dengan amal ibadahnya.

"Renung-renungkan...."

Wednesday, March 17, 2010

Sudut Manakah Kita Melihat Hidup Kita

dari sudut manakah kita melihat hidup kita?
adakah kita hanya melihat yang
hitam putih

atau
kelam-kelam
tidak berwarna
atau
kita melihatnya dari pelbagai sudut
dan
penuh dengan warna-warni!..?
*
*
*
selalunya bila kita diduga dengan sesuatu
kita terus terpaku kaku disudut itu
tanpa kita menyedari masih banyak lagi ruang lingkup
yang belum kita terokai...
apa pun saye jarang berdendam dengan sesiapa
namun kadang-kadang saye ini manusia biasa
sesekali terdetik difikiran
kenapa dia begitu? kenapa dia begini?
tak sangka dia begitu...tak sangka dia begini
hingga suami saye pernah menyebut
"apalah nasib ayang.."
walaupun seucap kata itu dilahirkan spontan
sekurang2nya saye mengetahui masih ada yang simpati
dan menyayangi diri saye...
saye tak kisah
apa pun
kerana saye tahu
Allah ta'ala takkan duga saye dgn sesuatu yang tak mampu
saya tanggung...
asalkan suami saye sentiasa disisi...

Hadiah!


my dear Diary
teka teki saye dah berjawab...
jawapan pertama yang saye terima
itulah jawapannya...
10 biji gelas yg ada di atas meja...
huahuahua
tahniah le pada yang meneka dengan tepat tu ye...
cik comel...
tapi untuk tidak menghampakan lil'sue
yang meneka sebanyak 2 kali
dan jawapan yg ke2 itu betul
saye pun bagi hadiah yg sama
cam cik comel dapat..
sebuah bekas pen yang comelll!!!
ok lah tu kan...
cik comel?
cik sue?
untuk cik ayu...
saye akan pos hadiah ayu kemudian....
tahniah u oll

Tuesday, March 16, 2010

Pindaan Tarikh Cuti Umum Negeri Johor

assalamualaikum
my dear diary
untuk pengetahuan semua
Hari Keputeraan Sultan Johor pada 08hb April 2010
akan ditukar pada
22hb November 2010
&
Hari Hol Almarhum Sultan Johor pada 19hb Jun 2010
akan ditukar pada
11hb Januari 2011
sekian untuk makluman
so, sesapa yang dah planning nak cuti tu
silalah rombak semula cuti anda2 sumer
selamat bekerja!

BeRani KeraNa BeNaR


doa ini saye amalkan sejak tahun 1999 lagi
dah sebati dalam idup saye
setiap kali morning briefing juga ada diselitkan doa ini
ia dah jadi bagai makanan harian untuk kami disini...
apa pun saye harap agar
seseorang
dapat menemui jalan keluar drpd permasalahannya itu.
Saye hanya mampu menasihati
semoga Allah membantunya.
Saye hanya mampu berdoa!

Monday, March 15, 2010

Teka Teki Mudah


Assalamualaikum Semua
my Dear DiarY
ini adalah kali per-1
saye nak buat teka teki...
ala kacang jee...
*
*
*
Berapakah jumlah gelas yang terdapat diatas meja?
*
*
*
Tarikh tutup penyertaan adalah pada : 17hb Mac 2010
*
*
*
Hadiahnya sangat istimewa!!!
*
*
*
Jawapan boleh diberi diruangan c-box juga
Selamat Mencuba!

???


macamana
my lovely diary
macamana saye nak lakukan
saye ni hanya ada dua kaki...dua tangan
mampukah saye lakukannya sendirian?
ahhh...
my dear diary...
plizzzzzzzzz

Wednesday, March 10, 2010

Syukur

Alhamdulillah diary
akhirnya cik abg mie membawa sebungkus nasi ayam dan sebungkus air utk saye
heheheheheh...
walaupun lambat, tetapi dia tak lupa janji
cuma keadaan yg banyak kerja memaksa dia jadi lambat
takpe lah yang...
yang tak beshnyer
saye terpaksa makan sorang2
sebab dia kena balik ofis cepat..ada tugasan lain yang menanti
padahal dia belum makan jugak tu...
ala siannya..
takpe yang next time kita makan sama2 eh..

berbicara soal syukur ini terlalu kompleks...
sebab ia kadang2 tak boleh dizahirkan...
nampak seperti kita bersyukur tetapi hakikatnya...???
nikmat syukur sama seperti ikhlas
hanya Allah Yang Maha Mengetahui...
Macam kat tempat kita bekerja, nampak seperti kita bersyukur dengan kerja kita padahal kadang2 kita jadi terlalu berkira seolah2 apa yang kita lakukan itu tak setimpal dengan apa yang bakal kita perolehi...
Tetapi itulah kita..manusia
umpama orang yang berkaki ayam..."Saya akan bersyukur jika Allah memberikanku kasut." Tetapi orang yang sudah mempunyai kasut akan menangguhkan syukurnya sampai dia mendapat kereta mewah.
Alangkah hinanya sikap manusia. Kita mengambil nikmat itu secara tunai, tetapi mensyukurinya secara bertangguh!
Kita tidak pernah bosan mengemukakan keinginan-keinginan kita,
tetapi
perintah-perintah Allah kita enggan laksanakan...
*
*
*
???
Bagaimana kita akan bersyukur terhadap yang banyak jika yang sedikit kita persiakan???
rujukan : Don't Be Sad oleh Dr. 'Aidh abdullah Al-Qarni

JanGan Berdukacita

My Lovely Diary
Jangan berdukacita seandainya kita masih memiliki
sesuap nasi, seteguk air dan sehelai kain...
masalahnya diary..bagaimana saye tidak berdukacita
cik abg mie berjanji nak makan tengahhari sama2
tapi sampai la ni...bayang dia pun tak nampak!
Aduss....
saye sudah lapar tahap gaban nih
saye col dia...dia masih kat Pan Vista lagik...
aduyaiii....
apalah nasib ku ini...
sudahlah kerja manyak...geram dan marah
lapar pulak...
tetapi diary...ada baiknya jugak makan lewat cengghini
sebab kurang sikit rasa marah tu sebab dah x larat...
Aduhaii cik abg mie
dimanakah dikau...
dimanakah kan ku mencari makanan untuk makan???
huahuahua
tolong lah cepat sikit ye...
disini diary saye sabar menanti...
saye masih...
menunggu....
menanti...
ellloooo...
saye lapar lahhhh

Tuesday, March 9, 2010

CeNdaWan GoRenG

hari ni tetiba saye dok la teringatkan
cendawan goreng yang saye dok makan kat
sebuah restoran yang mana namanya lebey kurang ginilah...
"Lady Finger" kut...
disuatu kawasan kat jalan kebun ke apa tp area selangor la
alkisahnya
*
*
*
masa tu saye baru je sampai kat umah adik
pastu dia terus ajak g makan
so kitaorg pun ikutlah
lepas abis makan nasi tu
tetiba rupanya dia sudah order ini cendawan goreng
hulamak walaweeiii
ai cakap u
punyalah sedap...tak tau lah dia goreng guna tepung apa
pehhh..sampai la ni..saye dok teringat
cendawan goreng tu...
udahla sekarang perut tengah lapar...
ish..ish...ish...
napelah kat jb ni takde cendawan goreng camtu ek?
ada sesapa yang tau tak
kat mana ada cendawan goreng yang paling sedap kat jb ni...???
anybody?
?
?

Monday, March 8, 2010

Ada Satu Cerita...Nak Tahu?

alhamdulillah, my lovely diary. Sepanjang 3 hari berada di kuala lumpur, tiada masalah yang timbul. anak2 pun Hepi manjang. Syukur. Sebelum ke sana saye terfikir2 nak menelefon seseorang kenalan blogger yang saye kagumi....Kak Nik...tapi disebabkan sibuk dengan kelas saye tidak juga menelefonnya sehinggalah pada hari ke2 itu, disebelah malam ketika saye sedang leka menyuap cik wina makan kat Jusco One Utama, Kak Nik telefon!!!! Masya Allah!.....mesej saye sampai...Ya Allah...tak tahu nak cakap apa..sebab terlalu gembira Kak Nik telefon...hehehehe..(kpd kak Nik jangan kembang sangat idung tu!)...Saye gembira sebab dapat jugak bercakap dengannya walaupun bukan saye yang menelefon dia dan saye suka sangat dengar suara dia yang ceria ala2 manja gitu!...hehehehe....
Disepanjang masa berada dalam kelas pula...alamak haiiii...punya lah ngantuk tahap gaban...(duhai mata tolonglah daku janganlah sampai sumer orang perasan tahap kemengantukan ku ini...) ayat dalam hati...heheheheheh...tetapi nak buat camne...kelas musti diteruskan...so dengan gigihnya saye menahan mata ini dari tertutup....menguap usah cakaplah...patutlah...trainer tu asyik le menyebut memanggil nama saye..mungkin...mungkinlah...dia perasan bahawasanya saye ini mengantuk! heheheehe....
Dan kelakarnya untuk mengelakkan mengantuk saye menghabiskan gula2, coklat, kacang2..asam2, air mineral...air oren...air kotak strawberry...itu belum kira makanan ringan cik nurul yang saye makan...peh...penuh meja ngan bendaalah tu sumer!
wha ka ka kah
kekonon setelah abis kelas nak ajaklah cik abg mie g jenjalan ke apa...ahhhdah tak larat sungguh mataku ini...naik keta...borak kejap..bantai tido...sedar2 tak lama sampai kat ayer keroh makan malam pulak...menambah lagi tahap kemengantukan...
Alhamdulillah sampai kat pasir gudang dalam lebih kurang jam 10:46 malam...penat sungguh seh..walaupun begitu sempat lagi memandikan diri dan tido...
ehh..eheh..
sedar2 jam pukul 7:15 pagi
alamak
terlepas subuh seh...
tu lahh..
buruk2 umah saye pun
tido kat umah lagi lenaaaaaa
"home sweet home"
p/s: gambar x leh upload sebab lupa bwk cable

Thursday, March 4, 2010

winduuuuu

ah..mendengar suara mak telefon
cam sedey je
saye tau dia nak suwoh saye balik
tetapi apakan daya...
esok saye akan berangkat ke kay el
kelas akan bermula pada sabtu...
Esok saye akan meninggalkan kejap
keja yang melambak2 ini
pasti saye akan merindui
semua...
segala...
ya lah..ofisku syurgaku...
Macam saye rindu pada
kawan2
yang dah lama tak jumpa
saye pun rindu emak juga
rindu semua
...
tsk..tsk..tsk
*
*
*
semoga semua ceria
dan bahagia
selalu!
i love u too!

Tuesday, March 2, 2010

Selamat....Selamat.....Selamat

Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran
kepada
Fatimah Bt Ayes
Selamat Hari Lahir
kepada
Muhammad Amirul b Arffan
Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke 13
kepada
Faridah bt Ayes
dengan pasangannya
Arffan b Abu Bakar
Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke 7
buat Ellyn ngan Azrai
"Semoga Korang Sumer Bahagia Selalu"
sayang korang sumer!!!!

Monday, March 1, 2010

Luahan Rasa

fuh,
my dear diary
saye dok la mikir bahawa
kelas akan dtg ni kat pd
rupa-rupanya
akan berlangsung di kuala lumpur
entah
saye tak pasti lagi
destinasi penginapan di mana
kerana
tetiba plak
my lovely jgj 6994 wat hal
ish...tak boleh dibiarkan camni
sok lusa dah nak bertolak
insyaallah
kalau tiada aral
sok akan diselidik kerosakannya
malam ni pulak kena m.o.d
dok ofis sesorang
nak g wat inspection jap...
ok bye

hari malas memasak...

selalunya hari ahad
hari memasak sedunia
alkisahnya semalam rupa-rupanya
satu hari suntuk dapur tak berasap!
sarapan pagi cuma makan kuih & roti yg sedia ada kat umah

tengahhari g bbq chicken atas permintaan anak2
so lunch kat situ je
lagipun coupon free banyak lagi
apa salahnya kan...

sebelum ke bbq chicken kat tesco plentong
kami ke jusco permas jaya
membeli keperluan cik wani
yang dah mula menjadi dewasa...hehehe

sebelum menjelang maghrib pula sempat ke rumah
kakak di Kota Masai
untuk majlis makan2 juga...
alhamdulillah
rezeki jangan ditolak
musuh jangan dicari...kan?

tapi musykil ar
ada juga musuh yang tak dicari
tetapi musuh tu yang mencari kita
untuk dimusuhi...
ish..ish...ish
apalah dosaku?
saye cukup tak mengerti...
*
*
*
hingga kini masih tercari2
jawapan yang pasti.