Saturday, May 19, 2012

Bos Baru Lagi???

dear diary
sepanjang 15 tahun saye bekerja disini
sudah 7 orang GM bertukar
setiap orang ada sytle dan ideologi masing-masing
memang kadang-kadang untuk menerima sesuatu pembaharuan
agak sukar dan kadang-kadang memang memeritkan
namun sebagai orang yang bertanggungjawab
seharusnya kita menjadi lebih bersedia
dan bersedia dan bersedia lagi
untuk menerima sebarang perubahan mendadak
atau pembaharuan yang dilakukan oleh pihak atasan kita.

Setiap satu Bos yang ditugaskan
ada kelebihan dan kekurangan masing-masing
mempunyai cara pengurusan yang berbeza
yang berbentuk kepimpinan,...yang terlalu dominan
yang terlalu bossy, yang mementingkan hal-hal kecil
yang itu...yang ini
kesemuanya sebenarnya lebih mematangkan kita
dan membantu kita lebih mengenali diri kita sendiri.

Sebenarnya yang selalu kita dengar adalah
kita tak tahan dan tak boleh serasi dengan bos baru
tapi tidakkah kadang-kadang kita bertanya dengan diri sendiri
*
*
*
kerja kita selama ini sama sahaja
yang berubah hanyalah orang yang bakal memimpin kita...
adakah kerana kita rasa kita tak ngam dan kita tak suka cara bos kita
kita perlu berhenti dan mencari kerja lain?
sedangkan kita begitu sayangkan kerja dan segala apa yang kita miliki sekarang.
semuanya terletak pada diri kita sendiri sebenarnya
kerja kita pilihan kita
hidup kita pilihan kita
bahagia kita...kita yang tentukan sendiri.


Mungkin bila waktu bos marah kita
kita rasa down sangat
kita rasa tidak dihargai
tapi kita tak melihat sudut lain dari kacamata bos kita...
kita tidak membuat susulan...apa sebenarnya yang dikehendaki oleh bos kita sebenarnya.
Kita jarang menyelami apa kehendak bos kita
kita jarang nak ambil tahu apa sebenarnya prestasi kita setakat ini
sebab kita dah terlalu selesa
selesa dengan kerja kita sendiri
sehinggakan kita tak sedar yang kita masih ada lagi orang yang memerhatikan kerja kita.
kita rasa kita dah cukup bagus selama ini
tetapi bos kata kita belum capai tahap yang dia hendak
itu lumrah...
kerana hanya dia yang tahu kemana arah tuju
yang kita semua perlukan untuk mengemudikan organisasi ke matlamat
yang telah ditetapkan.


Sebab itu bila mendengar khabar angin mengatakan bos akan bertukar
kita semua dah jadi tak tentu arah
termasuklah saye
tetapi sejak saye kehilangan EAM saye dulu
saye menjadi semakin berani menghadapi kenyataan bekerja
*
*
*
Bos sahaja yang berubah
tapi kerja kita sama sahaja
cuma mungkin akan betambah
dan cara kita bekerja juga mungkin dah tak sama
kenapa kita mesti takut?
Bos juga manusia macam kita...punya tanggungjawab untuk memajukan organisasi kita
kita juga punya tanggungjawab yang sama
kenapa kita tak buka pemikiran kita dan ikut sahaja
walau siapa sahaja yang datang
kerana
*
*
*
kerja kita TETAP SAMA
mungkin bertambah sikit
itu saja
kalau kita dah selesa dengan kerja kita
kita ubahlah cara berfikir kita
mudah-mudahan kita akan lebih bahagia.


Mencari kerja baru tak semudah yang disangka
mungkin kita rasa alah Allah yang bagi rezeki
memang....
Tapi kalau dah 20 kali pergi interview pun
tak dapat-dapat juga
takan kita nak buat hal sendiri pula
sebab kita tak berapa setuju dengan bos kita
kita protes bos
dengan cara kita yang kadang-kadang kita tak sedar
sebenarnya kita keterlaluan...
Kalau betul-betul kita memang dah tak boleh ubah sikap kita
adalah lebih baik kita BERHENTI
daripada kita babitkan orang lain
untuk sama-sama tidak bersetuju
dengan cara bos layan kita
dan tempat ini adalah tempat kita cari makan
cari rezeki yang halal
untuk anak-anak
adalah lebih baik kita
UBAH SIKAP kita
daripada kita
sengaja cari pasal.

Kita Selalu tanya apa yang bos boleh bagi kalau kita buat Kerja kita ni
kita selalu mengharapkan balasan
Tapi jarang kita bertanya kepada diri kita sendiri
apa yang boleh kita sumbangkan pada bos dan organisasi kita
Saye selalu memikirkan yang saye sangat sukakan kerja saye
tapi kadang-kadang saye manusia biasa
mudah sangat terpengaruh dengan kata-kata orang
dan membuatkan saye kadang-kadang tak ikhlas dalam bekerja
Tak apa orang atasan tak tahu kita yang buat kerja tu
Janji kita tahu kita dah buat yang TERBAIK dalam kerja kita
sebab kita bekerja kerana ALLAH
InsyaAllah
janji Allah tahu
*
*
*
Semoga saye akan lebih bahagia
kerana saya seorang
HR Practitioner
i love my job
and i have to be fair to everybody!

Saye tak memihak kepada sesiapa
baik majikan atau pekerja!


2 comments:

  1. Alhamdullilah dpt jawatan HR Practitioner ...ucu ni lagi..mainten jadi kuli orang..dah masuk 19 thn dah...x penah tukar2 bos..sebab ucu x pernah tukar kerja....mungkin dah serasi kot..

    ReplyDelete
  2. haha...takdelah ucu...kita pun kuli jugak...kita pun sama tak tukar2 kerja....alasan yang sama...serasi kot...

    ReplyDelete