My lovely diary
menceritakan tentang sepohon pokok, banyak perkara yang perlu diambil kira
sekiranya kita menanam sepohon pokok bunga ros, sebagai contoh...tiba-tiba pokok kita tu tidak menjadi...adakah kita mesti menyalahkan pokok itu?
tentu tidak bukan...
kerana baja, air, jagaan, cahaya matahari juga memainkan peranan yang penting dalam sepanjang proses pokok bunga ros itu untuk tumbuh subur...
Dalam hubungan kekeluargaan juga sama, kita menyalahkan antara satu sama lain.
Tetapi sekiranya kita tahu caramana nak jaga, nak baja, sudah tentu hubungan akan subur macam pokok bunga ros itu!
Menyalahkan satu sama lain tidak mendatangkan kesan positif dalam hubungan juga sekiranya berlaku perselisihan faham.
Bersemuka adalah lebih baik...
ini pengalaman saye!
Tidak melibatkan pihak lain...bersemuka...pasti temui jalan keluar...
dalam hubungan kekeluargaan...seharusnya tiada pertengkaran, perselisihan faham
hanya memahami!
Kalau kita dapat memahami dan kita tunjukkan cara kita menyayangi
dan situasi pasti akan berubah....
*
*
*
cuma manusia tak pernah sedar
sehingga lah suatu hari nanti
bilamana bila kita sudah tiada
atau bilamana
sesuatu hal terjadi
barulah
terfikir
mengapa kita berbuat begitu...
*
*
*
kerana saye juga tidak tahu
adakah suara hati ini
yang menjadi penyebab semua ini berlaku?
Ya Allah berikanlah aku seluruh kebaikan yang ada pada hari ini,
dan hindarkanlah seluruh kejahatan yang ada pada hari ini.Amin.
sgt setuju.
ReplyDelete