Wednesday, June 17, 2009

Bila Hati Mula Berbicara...


Assalamualaikum
Jika maut itu punca perpisahan
biarlah mati yang menyambungnya
Seandainya hidup itu punca perpisahan
biarlah hidup ini membawa erti yang bermakna!
Kehidupan ini, tiada sesiapa pun yang boleh menduga
tetapi bagi saye hidup ini bukan terletak pada nasib
tetapi lebih kepada PILIHAN..
hidup kita pilihan kita
Oleh itu saye memilih untuk hidup BAHAGIA
Pada masa zaman kelam saye (2, 3 minggu sudah)
Saya tercari-cari keyakinan diri yang hilang
saye banyak membaca...artikel2 kejayaan...buku2 perjuangan,
serta berbagai2 buku motivasi (Self Help) utk diri saye yang kucar kacir
Buku2 Dr Tuah, Buku Quranic Law of Attraction, Artikel2 (majalah Anis, Solusi, MW, Nur, Milenia dll) banyak membuatkan saye berfikir...berfikir...dan berfikir...
dan akhirnya saye berbisik dgn diri sendiri..
"Ya Allah betapa Allah tidak pernah menzalimi hambanya,
tetapi aku hambamu yang hina telah menzalimi diriku sendiri."
Kerana saye telah mencipta laluan sukar pada diri saye
dan sebab itu saye tidak nampak bahagia yang ada disekeliling saye
saye tidak mahu lagi menoleh ke belakang kerana semalam telah pun berlalu,
Hari ini pun akan tamat tak lama lagi, Esok belum tentu hadir kembali,
so masa saye adalah sekarang..! Sekarang saye kena berfikir dan bertindak
atas fikiran rasional dan out of box!
Tak mungkin saye dapat kembali untuk membetulkan kesilapan semalam
tetapi saye akan pastikan kesilapan tidak berulang!

No comments:

Post a Comment