Saturday, November 27, 2010

Misteri

Hmmm...
lamanya tak update
banyak hal dan perkara berlaku dalam hidup
tapi kesuntukan masa untuk dikongsi
semalam pun
ada satu kisah yang menarik berlaku..
balik dari ofis
selalunya memang saye tak akan keluar kecuali
lepas solat maghrib...tetapi semalam
macam disuruh2 supaya keluar bawak anak2....
so...lepas cik abg mie dtg kami terus balik kerumah
dan bersiap untuk keluar bawak anak2
sampai ke tempat yang dituju
kami terus makan2 ringan...roti canai dan minum2 saja
lepas maghrib...masuk ke pasaraya
tak sedar rupanya ada 6 panggilan masuk dr kenalan..
rupa2nya dia nak minta pertolongan...kesiannya...terkilan sangat..
pagi ini baru saye dapat tahu...yang mana anaknya "sakit"
hinggakan tak boleh bernafas dan sudah jadi lebam biru!
kalau dibawa kehospital dah tentu masuk ICU macam arwah bapanya
tapi kudrat kenalan saye tu memang kuat...semangatnya kuat
diheretnya anak keatas motor walau anaknya sudah tidak sedarkan diri
untuk dibawa kerumah kenalan yang lain...
sampai disana...barulah tahu segalanya...rupa2nya itu semua
perbuatan sihir dari orang yang tidak berhati perut...
disebabkan lagi beberapa hari kes akan dibicara
maka si"manusia" yg tak berhati perut itu takut akan dikenakan hukuman
maka dihantarnya melalui cara halus...zalim kan?...kesian anak itu
dia tak pernah kena sebelum ini..selalunya ibunyalah yang akan sakit...
entahlah...
kalau tak kena pada kita..kita tak percaya...
tapi bila perkara berlaku didepan mata......adakah kita juga masih tak percaya
bahawa masih ada lagi manusia yang bertuhankan syaitan???
saye kesal dan sedih atas apa yang berlaku,..
mengapa masih ada yang sanggup menzalimi insan lain
yang tak berdaya
hatta sampai ketahap membunuh???
tidakkah terselit rasa ihsan dihati...
terutamanya pada darah daging sendiri......
sampai ke hari ini...
betul...
serius
saye masih tak mengerti!

No comments:

Post a Comment